Nana Akufo-Addo
Nana Akufo-Addo

Nana Akufo-Addo

Nana Addo Dankwa Akufo-Addo (/æˈkʊfoʊ ɑːˈdoʊ/ ( dengar) a-KUUF-oh-_-ah;[1] lahir 29 Mac 1944[2]) ialah Presiden Ghana yang sekarang.[3] Beliau telah menjawat sejak 7 Januari 2017.[4] Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Peguam Negara dari tahun 2001 hingga 2003 dan sebagai Menteri untuk Hal Ehwal Luar Negeri dari tahun 2003 hingga 2007 di bawah pentadbiran pimpinan Kufuor.[5] Beliau juga kini Pengerusi Komuniti Ekonomi Negara Afrika Barat (ECOWAS).[6]Nana Addo kali pertama bertanding untuk presiden pada tahun 2008 dan sekali lagi pada 2012, kedua-duanya sebagai calon Parti Patriotik Baru (NPP), tetapi kalah di kedua-dua pilihan raya oleh calon Kongres Demokratik Kebangsaan: John Evans Atta Mills pada 2008 dan John Dramani Mahama pada 2012 selepas kematian Mills. Beliau enggan menyerah dan pergi ke mahkamah, Mahkamah Agung Ghana mengesahkan kejayaan John Dramani Mahama.[7] Beliau dipilih sebagai calon presiden Parti Patriotik Baru buat kali ketiga untuk pilihan raya umum 2016 dan kali ini, beliau menewaskan John Dramani Mahama di pusingan pertama (menang dengan 53.85% undian), yang menandakan kali pertama dalam pilihan raya presiden Ghana seorang calon pembangkang menang majoriti terus di pusingan pertama.[8]

Nana Akufo-Addo

Lahir William Addo Dankwa Akufo-Addo
(1944-03-29) 29 Mac 1944 (umur 76)
Accra, Gold Coast (sekarang Ghana)
Didahului oleh Kawasan pilihan raya ditubuhkan
Pasangan Rebecca Griffiths-Randolph
Digantikan oleh Kawasan pilihan raya dimansuhkan
Parti politik Parti Patriotik Baru
Anak-anak 5 anak perempuan
Laman sesawang Laman sesawang kempen
Pendidikan Kolej Lancing
New College, Oxford
Universito Ghana
Inns of Court School of Law
Presiden John Kufuor
Naib Presiden Mahamudu Bawumia
Kediaman Jubilee House

Rujukan

WikiPedia: Nana Akufo-Addo http://akufoaddo2012.com/subcat_select.php?catID=1... http://www.einnews.com/ghana/newsfeed-nana-addo-da... http://www.ghanaweb.com/GhanaHomePage/people/perso... http://www.ghanaweb.com/GhanaHomePage/republic/aku... http://isni.org/isni/0000000046716734 http://nanaakufoaddo.org http://www.lancingcollege.co.uk/media/news/article... https://citinewsroom.com/2020/05/covid-19-nana-add... https://www.ghanastar.com/news/nana-akufo-addo-is-... https://www.washingtonpost.com/national/world-dige...